Pelepasan Cukai Individu Pemastautin LHDN 2024

Senarai lengkap pelepasan cukai pendapatan untuk Tahun Taksiran 2024. Claim semua yang layak supaya dapat kurangkan cukai atau tambah refund. Dikemaskini sehingga 17 Disember 2024.


Pelepasan Cukai Individu Pemastautin LHDN 2024

1. Pelepasan Individu

Jenis Pelepasan Amaun (RM)
Suami/Isteri/Alimoni kepada bekas isteri 4,000
Individu dan Saudara Tanggungan 9,000
Individu Kurang Upaya 6,000
Suami/Isteri Kurang Upaya 5,000
Yuran Pengajian (Sendiri)
i. Peringkat tertiari selain Sarjana/Doktor Falsafah
ii. Peringkat Sarjana/Doktor Falsafah
iii. Kursus peningkatan kemahiran (Terhad RM2,000)
7,000

2. Insurans & Caruman

Skim Persaraan Swasta & Anuiti Tertangguh 3,000
SSPN (Tabungan Bersih) 8,000
PERKESO / Sistem Insurans Pekerjaan 350
Insurans Pendidikan & Perubatan
Individu, suami, isteri atau anak
3,000
Insurans Nyawa & KWSP
i. Insurans Nyawa / KWSP Sukarela (Terhad RM3,000)
ii. Caruman KWSP Wajib/Sukarela (Terhad RM4,000)
7,000

3. Gaya Hidup

Gaya Hidup
i. Bahan bacaan ii. Komputer, telefon, tablet iii. Internet iv. Yuran kursus kemahiran
2,500
Gaya Hidup - Pelepasan Tambahan
i. Peralatan sukan ii. Sewaan fasiliti sukan iii. Fi pertandingan sukan iv. Fi gimnasium
1,000
Pemasangan/Sewaan Kemudahan Pengecasan Kenderaan Elektrik 2,500

4. Perubatan & Keperluan Khas

Perbelanjaan Perubatan
i. Penyakit serius ii. Rawatan kesuburan iii. Pemvaksinan (RM1,000) iv. Pemeriksaan pergigian (RM1,000) v. Pemeriksaan perubatan penuh, ujian COVID-19, kesihatan mental (RM1,000) vi. Intervensi awal anak OKU (RM4,000)
10,000
Perbelanjaan Untuk Ibu Bapa
i. Rawatan perubatan, pergigian, penjaga ii. Pemeriksaan perubatan penuh (RM1,000)
8,000
Peralatan Sokongan Asas OKU
Diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa
6,000

5. Pelepasan Anak

Anak di bawah umur 18 tahun belum berkahwin 2,000
Anak 18 tahun ke atas, belum berkahwin & belajar sepenuh masa 2,000
Anak 18 tahun ke atas, belum berkahwin, belajar Diploma/Ijazah
Dalam atau luar Malaysia
8,000
Anak Kurang Upaya belum berkahwin 6,000
Pelepasan Tambahan Anak Kurang Upaya
Umur 18 ke atas, belum berkahwin, belajar Diploma/Ijazah
8,000
Yuran Taska/Tadika Berdaftar
Anak berumur 6 tahun dan ke bawah
3,000
Pembelian Peralatan Penyusuan
Untuk wanita, anak < 2 tahun, sekali setiap 2 tahun
1,000

PENTING!

Simpan semua resit dan dokumen sokongan untuk setiap pelepasan yang dituntut. LHDN boleh minta bukti bila-bila masa. Jumlah pelepasan tertakluk kepada syarat dan had yang ditetapkan.

Sumber: Portal Rasmi LHDN – www.hasil.gov.my. Dikemaskini sehingga 17 Disember 2024.
Ilustrasi ini hanyalah ringkasan. Untuk maklumat lanjut dan syarat terperinci, sila rujuk laman web LHDN atau ejen cukai bertauliah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hotkey SQL Account Yang Jimatkan 50% Masa Key-in

Pendahuluan: Kenapa 3 Perkara Ini Tak Boleh Dipisahkan

Nak kena urus AKAUN juga ke? Bila nak fokus BISNES ni?