Pelepasan Cukai 2025: 4 Perubahan Besar Dari Tahun 2024
Jangan terlepas claim. Tahun Taksiran 2025 ada insentif baru untuk pemilik rumah pertama! Kemaskini: TT2025 Tahun Taksiran 2025 dah keluar, dan LHDN ada buat beberapa perubahan penting berbanding TT2024. Kalau korang tengah kira-kira nak e-filing tahun depan, ini ringkasan yang korang wajib tahu. Highlight Paling Besar: Pemilik rumah pertama sekarang boleh claim pelepasan faedah pinjaman perumahan sehingga RM24,000 setahun. Ini tak ada dalam TT2024 1. Pelepasan Baru: Faedah Pinjaman Rumah Pertama Ini game changer untuk TT2025. Kerajaan bagi insentif khas untuk korang yang beli rumah pertama. Harga Rumah Had Pelepasan Faedah Setahun Syarat RM500,000 dan ke bawah RM7,000 Perjanjian jual beli dari 1 Jan 202...