Pendahuluan: Kenapa 3 Perkara Ini Tak Boleh Dipisahkan
Kenapa 3 Perkara Ini Tak Boleh Dipisahkan
Ramai usahawan fokus jual, marketing, dan produk. Tapi bila hujung tahun tiba, baru kelam-kabut cari resit, semak penyata bank, dan terkejar-kejar deadline LHDN. Masa tu baru sedar: akaun yang kemas = masa yang jimat = tak sakit kepala dengan LHDN.
1 Akaun: ‘Cermin’ Kesihatan Bisnes Anda
Akaun bukan sekadar rekod duit keluar masuk untuk LHDN tengok. Dia macam dashboard kereta.
Tip cepat: Guna apps macam Bukku, SQL, atau Google Sheets. 15 minit seminggu jaga akaun = jimat 15 jam masa panik hujung tahun.
2 LHDN: Kawan Ke Lawan? Anda Yang Tentukan
30 Jun / 15 Julai
Deadline e-Filing. Ada bisnes? 15 Julai. Terlepas = penalti.
Simpan Rekod 7 Tahun
Resit hilang = belanja tak boleh tolak = cukai naik.
Ansuran CP500
Bayar setiap 2 bulan. Lambat 10% penalti. Duit marketing hangus.
- ✓ e-Invois: Wajib dah. Setup awal, sistem auto rekod.
- ✓ Pelepasan: Laptop, kursus, PERKESO. Tak claim = sedekah.
- ✓ Upah akauntan: Denda LHDN lagi mahal dari fees dia.
3 Masa: Aset Paling Mahal Yang Dicuri
Matematik Mudah:
1 jam anda = RM100
20 jam cari resit = RM2,000 hilang
Upah freelancer RM1,800 = Untung RM200 + 20 jam
Formula: Akaun + LHDN + Masa = Tenang
Akaun teratur → Laporan cukai tepat → LHDN happy → Tiada audit → Masa bebas untuk scale bisnes
Urus akaun bukan tentang Matematik. Ia tentang hormat masa depan diri sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan