E-Invois LHDN: Timeline & Ambang Wajib 2024 - 2026

Bisnes anda dah ready ke untuk e-Invois? LHDN dah tetapkan jadual pelaksanaan ikut pendapatan tahunan. Salah tarikh boleh kena penalti sampai RM20,000. Semak bila giliran anda.


E-Invois LHDN: Timeline & Ambang Wajib 2024 - 2026

Apakah E-Invois?

e-Invois ialah invois elektronik yang disediakan, dihantar dan diterima dalam format struktur yang ditetapkan oleh LHDN melalui sistem MyInvois.

1. Jadual Pelaksanaan E-Invois & Ambang Wajib

Pelaksanaan e-Invois dibuat secara berfasa berdasarkan pendapatan atau jualan tahunan perniagaan anda.

FASA TARIKH MULA AMBANG PENDAPATAN TAHUNAN
FASA 1 1 Ogos 2024 Melebihi RM100 JUTA
FASA 2 1 Januari 2025 Melebihi RM25 JUTA hingga RM100 JUTA
FASA 3 1 Julai 2025 Melebihi RM5 JUTA hingga RM25 JUTA
FASA 4 1 Januari 2026 Melebihi RM1 JUTA hingga RM5 JUTA

NOTA PENTING

Perniagaan dengan pendapatan atau jualan tahunan KURANG daripada RM1 JUTA adalah DIKECUALIKAN buat masa ini.

2. Kalau Capai Ambang Kemudian Macam Mana?

Bagi perniagaan yang pada asalnya dikecualikan tetapi kemudian mencapai ambang RM1 juta, tarikh mula pelaksanaan e-Invois adalah pada 1 Julai 2026.

3. Checklist: Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

  • Daftar dan dapatkan akses MyInvois di portal LHDN.
  • Sediakan sistem atau perisian yang serasi untuk integrasi e-Invois.
  • Pastikan data perniagaan dan invois adalah tepat dan lengkap.
  • Uji sistem & proses sebelum tarikh pelaksanaan wajib.
  • Patuhi tarikh wajib pelaksanaan bagi mengelakkan penalti.

PENALTI KETIDAKPATUHAN

Kegagalan mematuhi keperluan e-Invois boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 120(1), Akta Cukai Perkhidmatan 2018:

RM200 – RM20,000 bagi setiap kesalahan

ATAU Penjara sehingga 6 bulan ATAU kedua-duanya sekali.

Sumber: Portal Rasmi LHDN – www.hasil.gov.my
Artikel ini untuk rujukan umum sahaja. Sila rujuk LHDN atau ejen cukai bertauliah untuk nasihat spesifik bisnes anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hotkey SQL Account Yang Jimatkan 50% Masa Key-in

Pendahuluan: Kenapa 3 Perkara Ini Tak Boleh Dipisahkan

Nak kena urus AKAUN juga ke? Bila nak fokus BISNES ni?