Checklist 7 Perkara Wajib Semak Setiap Bulan Kalau Tak Nak Bisnes Bocor
Usahawan, kau busy kejar sales sampai lupa semak nombor? Ni 7 benda yang aku sendiri check setiap 1hb. 30 minit je, tapi boleh selamatkan ribuan ringgit.
1 Total Sales VS Total Kos
Soalan: Bulan lepas sales RM15K, tapi kos RM14.5K. Kau untung RM500 je ke?
Action: Buka Excel/Google Sheet. Jumlahkan semua duit masuk, tolak semua duit keluar termasuk iklan, gaji, sewa, bil api. Baru nampak untung bersih sebenar.
2 Invoice Customer Yang Belum Bayar
Soalan: Ada berapa invoice sangkut? Total RM berapa?
Action: List down semua hutang customer. WhatsApp reminder setiap Isnin. Cashflow bisnes mati kalau duit tersangkut kat luar.
3 Stok Mati Kat Stor
Soalan: Produk apa yang dah 60 hari tak gerak?
Action: Buat clearance sale, bundle, atau bagi free gift. Stok mati = duit beku. Lagi lama simpan, lagi rugi.
4 Langganan Bulanan Yang Tak Guna
Soalan: Kau ada subscribe Canva Pro, Capcut Pro, 3 apps lain tapi guna 1 je?
Action: Check bank statement. Cancel semua langganan yang tak ROI. RM30 x 5 apps = RM150 sebulan lesap.
5 Tabung Cukai Dah Cukup?
Soalan: Untung bulan lepas RM3K. Kau dah asing 20% = RM600 untuk cukai?
Action: Set auto-transfer setiap kali close sale. Masuk tabung “LHDN”. Hujung tahun tak panik.
6 Gaji Diri Sendiri
Soalan: Bulan ni kau ambil “gaji” berapa dari bisnes? Atau main sebat je?
Action: Tetapkan siap-siap. Contoh: 30% dari untung bersih. Transfer ke akaun personal. Baru kau disiplin & nampak bisnes tu “bayar” kau.
7 Backup Semua Resit & Dokumen
Soalan: Kalau LHDN minta resit beli stok 6 bulan lepas, kau boleh bagi dalam 5 minit?
Action: Snap semua resit guna apps macam Expensify atau Google Drive folder. Buat folder ikut bulan. 5 minit je setiap minggu.
Ulasan
Catat Ulasan