Cara-Cara Untuk Memudahkan Proses 'Tax Filing' Bagi Syarikat Enterprise

Pendapatan bersih + untung 'side' bisnes melebihi RM34,000 setahun? Anda wajib bayar cukai. Ikut 4 cara ni supaya proses declare tax tak jadi mimpi ngeri.


Cara-Cara Untuk Memudahkan Proses 'Tax Filing' Bagi Syarikat Enterprise

Kenapa Penting?

Syarikat Enterprise kena isi Borang B. Salah declare atau lewat hantar boleh kena penalti LHDN sampai RM20,000. Amalkan 4 tips ni dari sekarang.

1

Buka Akaun Bank Khas Untuk Syarikat

Ia satu inisiatif yang bagus untuk membuka satu akaun bank khas untuk bisnes anda supaya lebih senang untuk anda 'track' cash flow syarikat.

Tip: Tidak seharusnya ada tetapi lebih baik untuk asingkan perbelanjaan bisnes dan peribadi. LHDN pun senang nak audit nanti.

2

Amalkan 'Bookkeeping' Yang Bagus

Pastikan anda simpan semua invois/resit jualan/belian dan penyata bank di dalam satu fail khas. Digital atau fizikal, janji tersusun.

Kenapa? Bila LHDN minta bukti, semua dokumen dah ready. Tak kelam-kabut cari resit 2 tahun lepas.

3

Hasilkan Penyata Kewangan Syarikat

Jika berkemampuan, anda boleh hasilkan sendiri Penyata Untung Rugi (P&L) dan Kunci Kira-kira (Balance Sheet) syarikat.

Kelebihan: Mudahkan anda keep 'track' untung/rugi dan situasi kewangan syarikat setiap bulan. Tak terkejut bila hujung tahun.

4

Melantik Tax Agent

Adalah penting untuk melantik tax agent yang lebih berpengetahuan dalam dunia percukaian kerana terdapat banyak tax relief dan tax rebate yang kita sendiri tak faham/tak tahu.

Jika anda mempunyai ilmu/pengetahuan dalam dunia percukaian, anda boleh teruskan tanpa upah mana-mana agent.

Tax agent kemudian akan kira berapa cukai yang dikenakan dan akan melakukan pembayaran secara atas talian (online).

Tak Sempat Urus Semua Ni?

Serahkan pada kami. Dari buka akaun bank bisnes, bookkeeping, sampai submit Borang B. Settle.

Dapatkan Rundingan Percuma

Nota: Ambang pendapatan bercukai RM34,000 adalah untuk individu selepas tolak pelepasan asas RM9,000. Sila rujuk LHDN untuk maklumat terkini.
Artikel ini untuk rujukan umum sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hotkey SQL Account Yang Jimatkan 50% Masa Key-in

Pendahuluan: Kenapa 3 Perkara Ini Tak Boleh Dipisahkan

Nak kena urus AKAUN juga ke? Bila nak fokus BISNES ni?